u/HughJannus1990

NODA PELAJAR | Guru Tahfiz Dihukum 102 Tahun Penjara, 12 Sebatan (BU)
▲ 53 r/Malacca+1 crossposts

NODA PELAJAR | Guru Tahfiz Dihukum 102 Tahun Penjara, 12 Sebatan (BU)

Kes seks luar tabii, liwat 3 pelajar: Guru tahfiz di Melaka dipenjara 102 tahun, 12 sebatan

AYER KEROH: Seorang guru tahfiz dihukum penjara 102 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada 17 Ogos selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan meliwat tiga pelajarnya di Bukit Rambai, pada 2025.

Muhammad Aimanuddin Julaihi, 31 tahun, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah, pada prosiding tersebut.

Dalam penghakimannya, Hakim Rohatul menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan pertama hingga kelapan, manakala penjara 11 tahun dan dua sebatan bagi setiap dua pertuduhan meliwat, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh serta hujah pemberatan hukuman.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak, menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 11 tahun dan 12 sebatan.

Hukuman penjara bagi semua pertuduhan ditetapkan berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 3 Ogos lalu (2026).

Mengikut lapan pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang pelajar lelakinya yang ketika itu berusia 13 tahun tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan termasuk bilik tidur, pejabat, dewan makan, perpustakaan dan lorong sempit sekitar pusat tahfiz di Bukit Rambai, pada tarikh dan masa berbeza antara Mei dengan Julai 2025.

BH

youtube.com
u/HughJannus1990 — 2 days ago