u/Aggressive_Collar135

Sayembara Pena Digital Naratif Malaysiaku

Sayembara Pena Digital Naratif Malaysiaku

Setiap cerita membawa makna, setiap pengalaman mewarnai Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum menganjurkan Sayembara Pena Digital Naratif Malaysiaku yang bertemakan "Cerita Kita, Warna Malaysia". Penyertaan sayembara ini terbuka khusus kepada warganegara Malaysia khususnya kepada masyarakat bukan Melayu untuk berkarya dalam bahasa kebangsaan.

Ayuh, jangan lepaskan peluang! Penyertaan dibuka hingga 31 Julai 2026 (Jumaat).

Imbas kod QR pada poster atau klik pautan yang disediakan untuk maklumat lanjut.

https://forms.gle/7ayZykW27wHez1NQ6

u/Aggressive_Collar135 — 8 days ago

Pesta Buku UKM 2026 berlangsung dari 24-27 April, 9 pagi hingga 7 malam di DECTAR UKM. Bukan acara yang besar dengan jumlah reruai yang terhad, tapi jika anda mencari buku-buku penerbitan IPTA, ada di sini. Juga ada reruai Karangkraf, DBP, Patriots, Jiwa dan lain-lain.

u/Aggressive_Collar135 — 27 days ago