r/bahasamelayu

What languages borrowed extensively from Malay esp. in Malay Arcipelago or Nusantara?

What languages borrowed extensively from Malay esp. in Malay Arcipelago or Nusantara?

got me curious becuz my native language ( suluk / tausug ) got so many words borrowed from malay especially in terms of religion, royalty and even in daily terms. sorry if my english is bad btw

words like :

Panglima - Panglima'
Nakhoda - Nakura'
Bangsa - Bangsa
Manusia - Manusiya
Hafal - Hapal
Fikir - Pikil
Agama - Agama
Cahaya - Sahaya
Berita - Bayta
Cermin - Samin
Sebai - Sablay
Kerbau - Kabaw

u/nathanielll_ — 1 day ago

Any Jawi calligraphers available to help me with correct spelling and orientation?

Apologies if this is the wrong place. I am looking for some help with my son's name, Awan. To the best of my knowledge and research this would be spelled اون in Jawi, is this correct? I have generated this in Thuluth with online tools, but I would appreciate a human being's input on correct presentation, diacritics etc.

Terima kasih!

reddit.com
u/Donnermeat_and_chips — 2 days ago
▲ 36 r/bahasamelayu+4 crossposts

Cadangan Istilah baharu bagi Perkataan Shorts

Assalamualaikum dan hai semua pengguna r/bahasamelayu,

Menurut bacaan saya, sampai sekarang kita masih tak ada satu perkataan tunggal yang khusus dalam bahasa Melayu untuk menterjemah istilah teknologi Shorts (YouTube)? Untuk makluman, istilah 'Reels' di Instagram sudah didaftarkan dengan istilah kekili sebagai terjemahan dan padanan dalam bahasa Melayu oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selalunya kita terpaksa sebut "video pendek" atau pinjam terus istilah Inggeris tersebut.

Jadi, saya nak perkenalkan satu istilah baharu yang saya reka dan bakal dicadangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP): Layantasan.

Sebelum melanjutkan perbincangan, ini bukan rekaan kosong ya. Istilah ini ialah sebuah kata lakur (gabungan kata) yang dibentuk secara sistematik berdasarkan acuan digital moden. Ini pecahan asal usul (etimology) dia:

🧠 Asal-usul Kata "Layantasan"

Perkataan ini dibentuk daripada gabungan dua komponen utama:

  1. Layan: Diambil daripada istilah pelayan video (video player/server). Ia juga membawa maksud perbuatan kita "melayan" atau menonton kandungan video secara santai.
  2. -tasan: Gabungan tiga (3) konsep pergerakan media sosial moden:
    • Tatalan: Daripada perbuatan menatal (scrolling) skrin telefon pintar kita.
    • Pantas: Merujuk kepada aspek kepantasan durasi video tersebut yang pendek dan segera.
    • Melintas: Merujuk kepada sifat video tersebut yang "melintas" secara menegak (vertical) di skrin peranti kita semasa ditukar.

📋 Cadangan Awal Definisi Rasmi (Konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

>Layantasan (Kata Nama): Platform atau format kandungan video digital berdurasi pendek (biasanya bawah satu minit sehingga 3 minit) yang ditonton secara menegak dan ditukar menggunakan kaedah tatalan pantas.

✍️ Contoh Penggunaan dalam Ayat:

  • "Bosan-bosan petang ni, mari layan Layantasan YouTube*."*
  • "Algoritma aplikasi itu akan mengira berapa lama kita berhenti pada sesuatu layantasan sebelum kita menatal ke video seterusnya."
  • "Pencipta kandungan digital sekarang lebih fokus buat layantasan kerana format video pendek ini lebih senang tular (viral)."

🚀 Mengapa Istilah Ini Sesuai?

  • Mengisi Lompang Bahasa: Kita tak perlu lagi sebut frasa yang panjang ("video berdurasi pendek"). Cukup sekadar sebut sepotong kata: Layantasan.
  • Keaslian Bahasa: Sama seperti DBP mengangkat kata swafoto (selfie) dan tunafoto (photobomb), kata layantasan mempunyai bunyian Melayu asli yang sangat sedap didengar dan natural pada lidah kita.
  • Universal: Istilah ini boleh diguna pakai untuk semua platform kecuali Instagram (Layantasan YouTube, Layantasan TikTok). Hal ini kerana padanan bagi 'reels' di Instagram ialah 'kekili' secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Keserasian Sebutan Bahasa Melayu: Tambahan pula, saya rasa perkataan ini sebenarnya amat sesuai bagi membawa makna Shorts dan Reels kerana mempunyai sebutan beridentitikan bahasa Melayu, dan mudah bagi menyebutnya, Insya-Allah dengan izin Allah SWT.

Saya berhajat untuk menghantar cadangan ini ke Portal Khidmat Nasihat DBP. Tetapi sebelum itu, jom kita mulakan gelombang penggunaan istilah ini sesama kita dahulu! Guna perkataan layantasan ini dalam hantaran atau ulasan korang selepas ini.

Apa pendapat korang tentang istilah ini? Adakah korang rasa ia praktikal untuk diguna pakai dalam perbualan harian? 🤔

Berdasarkan perbincangan kita di ruangan Komen setakat ini, terdapat beberapa istilah perkataan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi perkataan bahasa Inggeris ( Shorts dan Reels ), beserta beberapa lagi cadangan tambahan:

  1. vidpen

Singkatan daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', vid- daripada 'video' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. pendekan

Berasal daripada perkataan 'pendek' yang ditambah imbuhan -an, menjadi pendekan.

  1. visupen

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'visual' dan 'pendek', visu- daripada 'visual' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. vidipen

Berasal daripada gabungan 3 perkataan iaitu 'visual', 'audio' dan 'pendek', vi- daripada 'visual', -di- daripada 'audio' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. layantasan

👆Rujuk penerangan di atas.

  1. klilintar

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'halilintar', kli- daripada 'klik' dan -lintar daripada 'halilintar'.

  1. klipen

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'pendek', kli- daripada 'klik' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. videk

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', terdapat 2 kemungkinan:

i) vid- daripada 'video' dan -ek daripada 'pendek'

ii) vi- daripada 'video' dan -dek daripada 'pendek'.

Mohon pemberi cadangan memperincikan yang mana satukah asal-usul perkataan 'videk' ini.

  1. seminit

Mengambil kira durasi tempoh video 'Shorts' iaitu satu minit dan ke bawah.

Nota: Sekiranya terdapat kesalahan dalam penerangan asal perkataan di atas, saya mohon maaf dan sila perbetulkan di ruang komen.

Saya ingin menyatakan dengan jelas sekali lagi hajat dan tujuan saya, iaitu:

i) Melakukan perbincangan dengan semua sahabat yang berminat di ruangan komen berkenaan perkataan khusus bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.

ii) Sahabat-sahabat bebas memberikan apa-apa pandangan peribadi berkenaan perkataan yang sesuai, dan juga komen terhadap cadangan sahabat yang lain, asalkan tidak keluar daripada tajuk perbincangan asal.

iii) Seterusnya, sebagaimana fitrah dan kebiasaan sebuah perbincangan, dengan izin Allah SWT, kita akan memilih TIGA (3) istilah yang paling difikirkan sesuai dan memenuhi semua kriteria pemilihan perkataan, sebagai fasa awal.

iv) Akhirnya, dengan izin Allah SWT, kita akan bersama-sama bersepakat memilih HANYA 1 PERKATAAN, Dan perkataan inilah yang kita akan usahakan untuk hantar kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Nota:

a) Perkataan yang akan dicadangkan pada peringkat awal ini kepada DBP bukanlah perkataan yang pasti digunakan sebagai istilah sah, Sebaliknya akan diteliti terlebih dahulu oleh pakar bahasa dan pihak bertanggungjawab mereka.

b) Hal ini tidak bermakna perkataan lain ditolak dan tidak diterima, sebaliknya jika pihak DBP tidak mempersetujui perkataan yang dihantar nanti, perkataan lain pula akan diusulkan kepada pihak DBP, mengikut keadaan, Insya-Allah.

Ruang perbincangan sentiasa dibuka pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Sila tulis cadangan Dan pendapat anda di ruangan komen.

Perbincangan ini merupakan inisiatif awal pada peringkat kita untuk melihat mana-mana perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu sebagai terjemahan kepada perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.

Inisiatif ini tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana pihak berkepentingan.

NOTA PENTING ⚠️: Sentiasa gunakan bahasa yang sopan dan tulisan komen yang beretika di sini. JANGAN SESEKALI menggunakan perkataan berunsur lucah, negatif dan kutukan.

Bagi agama Islam, Allah SWT amat mementingkan hamba-Nya bercakap dan konteks di sini menulis perkataan yang baik-baik sahaja dan bermanfaat. Begitu juga dengan agama lain yang turut menjunjung tinggi etika percakaoan dan penulisan yang baik.

Sila hormati pandangan individu lain dengan sewajarnya.

reddit.com
u/Mwh20042008 — 3 days ago

Laporan bola sepak dalam akhbar Cina Peranakan, Bintang Pranakan, Singapura (1931)

Sumber: https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/bintangpranakan19310103-1.2.29

Menarik bagi saya betapa informalnya gaya bahasanya (dari perspektif seorang dari tahun 2026). Ini membuatkan saya terfikir bagaimana rupanya kalau ada akhbar Melayu yang serupa, yang laporannya hanya menggunakan bahasa basahan.

"Petang Jumaat minggu lepas, ada satu team Peranakan (Baba ngan Melayu) lawan main bola kat padang bola Stadium Jalan Besar dengan team dari kapal perang HMS Kent. Team Peranakan menang 5–0."

u/PerspectiveSilver728 — 3 days ago

perbezaan cakap ulu kelantan & cakap ilir kelantan

abjad di sebelah kanan adalah the International Phonetic Alphabet, abjad yang digunakan oleh para linguitik untuk melaporkan bunyi dengan tepat di dalam bahasa-bahasa seluruh dunia,

bahasa kelantan ulu pada zaman baharu tidak dituturkan lagi, dahulu bahasa ini dituturkan di seluruh daerah gua musang, tetapi kerana influence daripada bahasa kelantan hilir dengan orang yang berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari kerja, loghat ini kebanyakan telah dihilang di tepi timur gua musang, kalau nak dengar dituturkan perlu jumpa di pesisir sungai nenggiri,

itu pun perlu jumpa penutur yang 80 han serta menetap di situ dan tak berhijrah,

loghat kelantan ulu dari segi fonetik dan perkataan lebih dekat dengan bahasa ulu terengganu & bahasa pahang ulu tembeling (yang juga ditutur di kawasan pasir raja dekat Terengganu)

dari segi fonetik, bahasa ulu kelantan kekalkan akhiran "-ang" yang ditukarkan kepada "-e" di ilir Kelantan, manakala akhiran "-an" tetap ditukarkan kepada "-e", kalau akhiran "-am" pula akan ditukar kepada "-ang", sebagai contoh = orang > urang, ikan > ike, alam > alang

kelantan ulu juga tidak tukarkan akhiran "-a" kepada bunyi macam "-o" seperti di ilir, tetapi kepada bunyi "a" yang berarah kepada belakang sikit, (maaf ya susah nak deskripsi), sebagai contoh = mata > matä (kalau kelantan ilir jadi mato)

selain itu, seperti bahasa ulu Terengganu serta beberapa bahasa ulu & barat pahang, akhiran "-i" & "-u" akan ditukar kepada bunyi "-iy" & "-uw" yang serupa bunyinya macam "-ey" & "-ow" tetapi lebih muncung, sebagai contoh = api > apiy, hulu > huluw

dan akhirnya, huruf "é" (e taling), "-il" & "ir" akan jadi "i", manakala huruf "o", "-ul" & "-ur" akan ditukar bunyi "u", sebagai contoh = comel > cumi

ada lagi sebenarnya perbezaan fonetik dengan kedua-dua bahasa tetapi setakat itu sahaja saya mampu nak ditulis, malas pulak nak tulis semua lol

u/eelfurryUwU — 3 days ago

What is the correct orthography of the ending "ک‎/ك" (kaf) in Jawi? Older Ringgit notes use the latter, while newer notes use the earlier.

u/Enoch_Moke — 4 days ago
▲ 31 r/bahasamelayu+1 crossposts

Ringgit to Dolar

As a local, how are you all getting used to the new pronunciation?

Is it natural to ur tongue everytime u guys say it?

Adatah yg malar kana luruskan? Cuba share cerita kamu.

reddit.com
u/Economy-Horse3057 — 6 days ago

Speak Malay Like Malaysians

I’m Malaysian and I’m curious: What makes you want to learn Malay? I noticed many learners struggle because textbook Malay and real Malaysian Malay can feel very different. For example: Textbook: "Saya tidak mahu." Real conversation: "Tak nak lah." As a Malaysian, I’m interested to know what kind of Malay content learners want more: daily conversation? pronunciation? slang? Malaysian culture? Lepas orang komen, baru mention: "I'm actually planning a small Malay conversation club based on this idea."

reddit.com
u/WiraWaja — 9 days ago
▲ 162 r/bahasamelayu+2 crossposts

Malay radio broadcast on the Proclamations of Singapore's independence given by Lee Kuan Yew and Tunku Abdul Rahman on 9 August 1965

Source of the audio: https://www.nas.gov.sg/archivesonline/audiovisual_records/record-details/4d2cc138-1164-11e3-83d5-0050568939ad

Source for the background text: https://sso.agc.gov.sg/Act/ISA1965

This audio clip was taken from the National Archives of Singapore's website. The broadcast was originally made on the Malay language channel of Radio Singapura on 9 August 1965, and according to the website, is originally 12 minutes long, but only a 5 minutes version that contains the essential part of the Proclamations were publicly released online.

u/Capable_Bank4151 — 11 days ago

would like some conversational bm buddies to help me stay in touch.

hi guys, exactly what it says in the title. ive been overseas for almost a decade now and i feel my malay going down the drain. i am fluent, at one point more fluent than my English. but since being in an English speaking country, i can feel myself losing vocab.

if you guys wanna chat just lmk!

reddit.com
u/Correct-King4049 — 8 days ago

Is this Jawi?

This is likely from Kelantan, but it does not look like the regular Malay Jawi that I know of. Is this the complicated form of it or just Arabic? What does it say?

u/Double_Stand_8136 — 12 days ago

Nak bincang sikit bahasa Banjar

Adakah kulaan sini kawa bapandiran bahasa banjar nang bahari banar? Paumpamaannya takuhiring mcm, satu atau dua perkataan pun x apa. Sebagai orang Indo Banjar, ada kata2 yang lupa. Boleh komen.

reddit.com
u/Kebab-Exchange-3676 — 8 days ago

Sebutan huruf Jawi dalam loghat Johor-Riau dahulu

Saya baru tengok video ini yang merupakan sebuah klip daripada filem lama P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Selain lawak klip itu tersendiri, saya rasa menarik cara para pelakon dalam adegan (scene) tersebut menyebut huruf Jawi, yakni huruf ba (ب), ta (ت), tha (ث), ra (ر) dan nga (ڠ).

Kalau sekarang, baik dalam sebutan Johor-Riau mahupun dalam sebutan Baku, huruf-huruf itu disebut "ba", "ta", "sa", "ro" dan "nga", tapi dalam video yang dikongsikan, huruf-huruf itu disebut "be", "te", "se", "re" dan "nge", sepertimana kata "saya" dan "apa" disebut "saye" dan "ape" mengikut standard sebutan Johor-Riau.

Setahu saya, inilah antara beberapa aspek bezanya sebutan Johor-Riau yang dahulu dengan yang sekarang, sekurang-kurangnya di Malaysia dan Singapura (kalau di Riau, Indonesia, saya tak tahu).

Menurut korang, apa lagi ciri yang membezakan sebutan Johor-Riau yang sekarang daripada yang dahulu?

u/PerspectiveSilver728 — 12 days ago