Berapa banyak pengaruh loghat standard KL pada loghat Melayu lain di Malaysia?

Di United Kingdom, pengaruh loghat dan sebutan standardnya sangat kuat, sehingga di kawasan seperti Scotland dan utara England yang jauh dari kawasan asal terbangunnya loghat standard itu pun, yakni tenggara England, boleh dijumpai penutur Inggeris yang loghat aslinya seakan loghat standard tenggara England.

Dalam cara yang mirip, di Indonesia, pengaruh bahasa Indonesia standardnya sangat kuat, sampai ada orang Indonesia yang membesar di kawasan di luar pulau Jawa yang loghat aslinya seakan loghat di Jakarta. Saya pun baru terjumpa seorang Melayu Indonesia asal Jambi yang, menurut dirinya sendiri, tidak boleh berloghat Jambi kerana dia membesar di bandar Jambi.

Sebaliknya di Malaysia, saya tidak rasa ada sangat orang yang membesar di ibu negeri, seperti Alor Setar, Georgetown atau Kuala Terengganu, yang loghat aslinya seakan loghat KL.

Pada pendapat kalian, seberapa banyak pengaruh loghat KL pada loghat Melayu di negeri lain?

reddit.com
u/PerspectiveSilver728 — 8 days ago

Laporan bola sepak dalam akhbar Cina Peranakan, Bintang Pranakan, Singapura (1931)

Sumber: https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/bintangpranakan19310103-1.2.29

Menarik bagi saya betapa informalnya gaya bahasanya (dari perspektif seorang dari tahun 2026). Ini membuatkan saya terfikir bagaimana rupanya kalau ada akhbar Melayu yang serupa, yang laporannya hanya menggunakan bahasa basahan.

"Petang Jumaat minggu lepas, ada satu team Peranakan (Baba ngan Melayu) lawan main bola kat padang bola Stadium Jalan Besar dengan team dari kapal perang HMS Kent. Team Peranakan menang 5–0."

u/PerspectiveSilver728 — 2 months ago
▲ 31 r/nasikatok+1 crossposts

Ringgit to Dolar

As a local, how are you all getting used to the new pronunciation?

Is it natural to ur tongue everytime u guys say it?

Adatah yg malar kana luruskan? Cuba share cerita kamu.

reddit.com
u/Economy-Horse3057 — 2 months ago

Sebutan huruf Jawi dalam loghat Johor-Riau dahulu

Saya baru tengok video ini yang merupakan sebuah klip daripada filem lama P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapok. Selain lawak klip itu tersendiri, saya rasa menarik cara para pelakon dalam adegan (scene) tersebut menyebut huruf Jawi, yakni huruf ba (ب), ta (ت), tha (ث), ra (ر) dan nga (ڠ).

Kalau sekarang, baik dalam sebutan Johor-Riau mahupun dalam sebutan Baku, huruf-huruf itu disebut "ba", "ta", "sa", "ro" dan "nga", tapi dalam video yang dikongsikan, huruf-huruf itu disebut "be", "te", "se", "re" dan "nge", sepertimana kata "saya" dan "apa" disebut "saye" dan "ape" mengikut standard sebutan Johor-Riau.

Setahu saya, inilah antara beberapa aspek bezanya sebutan Johor-Riau yang dahulu dengan yang sekarang, sekurang-kurangnya di Malaysia dan Singapura (kalau di Riau, Indonesia, saya tak tahu).

Menurut korang, apa lagi ciri yang membezakan sebutan Johor-Riau yang sekarang daripada yang dahulu?

u/PerspectiveSilver728 — 2 months ago

Pengaruh bahasa Malaysia pada bahasa Indonesia

Sumber: The Indonesian Language: Its History and Role in Modern Society‎, hlm. 153

u/PerspectiveSilver728 — 3 months ago

Biasanya bagaimana kalian menanyakan nama seseorang?

Seperti kita sedia maklum, cara yang baku untuk menanyakan nama seseorang adalah dengan kata “siapa”, namun dalam pengalaman saya, ramai orang juga sebaliknya menggunakan kata “apa” dalam konteks ini.

Jadi, saya sengaja membuat tinjauan kecil ini untuk menengok berapa ramai orang penutur bahasa Melayu yang menggunakan cara yang diterima DBP dan berapa ramai orang lagi yang menggunakan cara yang lainnya.

View Poll

reddit.com
u/PerspectiveSilver728 — 3 months ago

Nama-nama negeri/negara dalam bahasa Melayu pada tahun 1701

Sumber: A dictionary English and Malayo, Malayo and English (1701), oleh Thomas Bowery

Sekilas pandang, nama yang masih sama sekarang dari segi etimologi:

  • Arab (bararab (ber-Arab))
  • China (chēna)
  • Inggeris (engrees), untuk merujuk negara, yang digunakan "England"
  • Perancis (francees)
  • Gujarat (guzārat)
  • Belanda (hōlanda)
  • Mesir (miſri)
  • Parsi (parsee), hanya digunakan untuk nama bahasa, negara dipanggil "Iran"
  • Rom (room)

Nama yang sudah lain:

  • Sepanyol (caſtella)
  • India (hindoo), sama etimologi dengan "Hindu", tapi "India" dipinjam daripada bahasa Inggeris manakala "Hindu" dipinjam daripada bahasa Parsi
  • Turki (room)
u/PerspectiveSilver728 — 4 months ago