
Apa yang kerajaan bagi untuk Belanjawan 2027?
https://www.facebook.com/share/p/198jHDtjDW/
OLEH : MUHAMAD HARRIS NASRIL
9 OKT 2026
==========
RINGKASAN PENGUMUMAN BELANJAWAN MADANI 2027
Alhamdulillah. Sebentar tadi selesailah pembentangan Belanjawan MADANI 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat.
Berikut adalah ringkasan pengumuman utama:
1. BANTUAN RAKYAT
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Peruntukan meningkat kepada RM16 bilion.
Penerima STR: SARA sehingga RM150 sebulan.
Bukan penerima STR berumur 18 tahun ke atas: bantuan SARA RM100 sebanyak dua kali setahun.
RM750 juta untuk Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI.
SARA diperluas kepada barangan basah dan segar di pasar tani FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan).
2. GAJI DAN PEKERJAAN
Gaji minimum naik daripada RM1,700 kepada RM2,000 mulai Jun 2027, dengan pengecualian kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tertentu.
Gaji minimum permulaan RM2,500 untuk pekerjaan separa mahir dan graduan.
Penanda aras gaji sara hidup Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) meningkat kepada RM3,400.
RM160 juta untuk kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing.
3. CUKAI PENDAPATAN
Pelepasan cukai individu meningkat daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Cukai pendapatan bercukai RM70,000–RM100,000 turun kepada 18%.
Cukai pendapatan bercukai RM100,000–RM150,000 turun kepada 24%.
Pelepasan cukai diperluas kepada kasut sukan, langganan teknologi kecerdasan buatan (AI), tuisyen anak dan penjagaan ibu bapa.
Kadar cukai bagi pendapatan bercukai melebihi RM1 juta diselaraskan kepada 30%.
4. PENDIDIKAN
Bantuan Awal Persekolahan naik daripada RM150 kepada RM200 seorang.
Elaun sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebanyak RM2,500.
Bantuan FLYsiswa meningkat daripada RM400 kepada RM500.
Menu Kasih Siswa RM5.
RM69 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
RM2 bilion untuk penyelenggaraan sekolah.
5. WARGA EMAS DAN OKU
Kadar pencen minimum naik daripada RM1,000 kepada RM1,350.
Bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik naik kepada RM600 sebulan.
Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas naik kepada RM200 sebulan.
RM1.3 bilion bantuan untuk warga emas.
RM1.5 bilion bantuan untuk OKU.
Ambang kebankrapan naik daripada RM100,000 kepada RM150,000.
6. KESIHATAN
RM47.7 bilion untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan jawatan tetap.
Insentif pos basik jururawat dan paramedik naik kepada RM200 sebulan.
400 buah ambulans baharu.
Skim MySalam diteruskan.
Pelan MediAsas diperkenalkan mulai Januari 2027.
7. PENJAWAT AWAM
Cuti bersalin terkumpul meningkat daripada 360 kepada 490 hari.
Kenaikan pangkat khas sekali sahaja melibatkan 12,000 pegawai.
RM2.3 bilion untuk kuarters penjawat awam.
Had maksimum Ex-Gratia Waris Pukal meningkat kepada RM50,000.
8. PENGANGKUTAN
Pas My50 diteruskan.
Pas MyKomuter50 diperkenalkan.
Pas percuma untuk kumpulan murid sekolah, OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun yang layak.
Lebih RM3.4 bilion untuk pemulihan perkhidmatan rel kereta api Prasarana.
9. AI DAN TEKNOLOGI
Tambahan 100,000 langganan perkhidmatan AI percuma, termasuk langganan ChatGPT.
RM30 juta bagi membantu 4,000 PMKS menggunakan AI.
Latihan dan pensijilan untuk 5,000 profesional AI.
Lebih 16,000 kursus digital percuma melalui laman web Rakyat Digital.
10. PERNIAGAAN
RM57 bilion kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan.
RM142 juta untuk platform Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Geran padanan sehingga RM5,000 untuk pensijilan halal kali pertama.
Rang Undang-Undang E-Dagang akan dibentangkan.
11. SUKAN, PELANCONGAN DAN INDUSTRI KREATIF
RM240 juta untuk persiapan Sukan Asia Tenggara (SEA) dan Sukan Para ASEAN.
RM460 juta untuk pembangunan sukan.
RM935 juta untuk pelancongan dan kebudayaan.
Lebih RM130 juta untuk industri kreatif.
12. BANTUAN DAN PERUNTUKAN LAIN
RM1,000 sekali bayar kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang layak.
RM100 e-dompet untuk belia yang memenuhi syarat kesukarelawanan.
RM3.1 bilion untuk hal ehwal Islam.
BONUS PENJAWAT AWAM DAN PESARA
RM1,500 kepada 1.3 juta orang penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.
RM750 kepada lebih sejuta orang pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
Pembayaran dibuat dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri 2027 dan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-70.
JUMLAH KESELURUHAN BELANJAWAN DAN PELABURAN: RM510 BILION
Sumber: Teks Ucapan Belanjawan MADANI 2027, 9 Oktober 2026. Semua bantuan tertakluk kepada syarat kelayakan.
Gambar : Harian Metro.