▲ 36 r/NegarakuMalaysia+4 crossposts

Cadangan Istilah baharu bagi Perkataan Shorts

Assalamualaikum dan hai semua pengguna r/bahasamelayu,

Menurut bacaan saya, sampai sekarang kita masih tak ada satu perkataan tunggal yang khusus dalam bahasa Melayu untuk menterjemah istilah teknologi Shorts (YouTube)? Untuk makluman, istilah 'Reels' di Instagram sudah didaftarkan dengan istilah kekili sebagai terjemahan dan padanan dalam bahasa Melayu oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selalunya kita terpaksa sebut "video pendek" atau pinjam terus istilah Inggeris tersebut.

Jadi, saya nak perkenalkan satu istilah baharu yang saya reka dan bakal dicadangkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP): Layantasan.

Sebelum melanjutkan perbincangan, ini bukan rekaan kosong ya. Istilah ini ialah sebuah kata lakur (gabungan kata) yang dibentuk secara sistematik berdasarkan acuan digital moden. Ini pecahan asal usul (etimology) dia:

🧠 Asal-usul Kata "Layantasan"

Perkataan ini dibentuk daripada gabungan dua komponen utama:

  1. Layan: Diambil daripada istilah pelayan video (video player/server). Ia juga membawa maksud perbuatan kita "melayan" atau menonton kandungan video secara santai.
  2. -tasan: Gabungan tiga (3) konsep pergerakan media sosial moden:
    • Tatalan: Daripada perbuatan menatal (scrolling) skrin telefon pintar kita.
    • Pantas: Merujuk kepada aspek kepantasan durasi video tersebut yang pendek dan segera.
    • Melintas: Merujuk kepada sifat video tersebut yang "melintas" secara menegak (vertical) di skrin peranti kita semasa ditukar.

📋 Cadangan Awal Definisi Rasmi (Konteks Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

>Layantasan (Kata Nama): Platform atau format kandungan video digital berdurasi pendek (biasanya bawah satu minit sehingga 3 minit) yang ditonton secara menegak dan ditukar menggunakan kaedah tatalan pantas.

✍️ Contoh Penggunaan dalam Ayat:

  • "Bosan-bosan petang ni, mari layan Layantasan YouTube*."*
  • "Algoritma aplikasi itu akan mengira berapa lama kita berhenti pada sesuatu layantasan sebelum kita menatal ke video seterusnya."
  • "Pencipta kandungan digital sekarang lebih fokus buat layantasan kerana format video pendek ini lebih senang tular (viral)."

🚀 Mengapa Istilah Ini Sesuai?

  • Mengisi Lompang Bahasa: Kita tak perlu lagi sebut frasa yang panjang ("video berdurasi pendek"). Cukup sekadar sebut sepotong kata: Layantasan.
  • Keaslian Bahasa: Sama seperti DBP mengangkat kata swafoto (selfie) dan tunafoto (photobomb), kata layantasan mempunyai bunyian Melayu asli yang sangat sedap didengar dan natural pada lidah kita.
  • Universal: Istilah ini boleh diguna pakai untuk semua platform kecuali Instagram (Layantasan YouTube, Layantasan TikTok). Hal ini kerana padanan bagi 'reels' di Instagram ialah 'kekili' secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  • Keserasian Sebutan Bahasa Melayu: Tambahan pula, saya rasa perkataan ini sebenarnya amat sesuai bagi membawa makna Shorts dan Reels kerana mempunyai sebutan beridentitikan bahasa Melayu, dan mudah bagi menyebutnya, Insya-Allah dengan izin Allah SWT.

Saya berhajat untuk menghantar cadangan ini ke Portal Khidmat Nasihat DBP. Tetapi sebelum itu, jom kita mulakan gelombang penggunaan istilah ini sesama kita dahulu! Guna perkataan layantasan ini dalam hantaran atau ulasan korang selepas ini.

Apa pendapat korang tentang istilah ini? Adakah korang rasa ia praktikal untuk diguna pakai dalam perbualan harian? 🤔

Berdasarkan perbincangan kita di ruangan Komen setakat ini, terdapat beberapa istilah perkataan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi perkataan bahasa Inggeris ( Shorts dan Reels ), beserta beberapa lagi cadangan tambahan:

  1. vidpen

Singkatan daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', vid- daripada 'video' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. pendekan

Berasal daripada perkataan 'pendek' yang ditambah imbuhan -an, menjadi pendekan.

  1. visupen

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'visual' dan 'pendek', visu- daripada 'visual' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. vidipen

Berasal daripada gabungan 3 perkataan iaitu 'visual', 'audio' dan 'pendek', vi- daripada 'visual', -di- daripada 'audio' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. layantasan

👆Rujuk penerangan di atas.

  1. klilintar

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'halilintar', kli- daripada 'klik' dan -lintar daripada 'halilintar'.

  1. klipen

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'klik' dan 'pendek', kli- daripada 'klik' dan -pen daripada 'pendek'.

  1. videk

Berasal daripada gabungan 2 perkataan iaitu 'video' dan 'pendek', terdapat 2 kemungkinan:

i) vid- daripada 'video' dan -ek daripada 'pendek'

ii) vi- daripada 'video' dan -dek daripada 'pendek'.

Mohon pemberi cadangan memperincikan yang mana satukah asal-usul perkataan 'videk' ini.

  1. seminit

Mengambil kira durasi tempoh video 'Shorts' iaitu satu minit dan ke bawah.

Nota: Sekiranya terdapat kesalahan dalam penerangan asal perkataan di atas, saya mohon maaf dan sila perbetulkan di ruang komen.

Saya ingin menyatakan dengan jelas sekali lagi hajat dan tujuan saya, iaitu:

i) Melakukan perbincangan dengan semua sahabat yang berminat di ruangan komen berkenaan perkataan khusus bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.

ii) Sahabat-sahabat bebas memberikan apa-apa pandangan peribadi berkenaan perkataan yang sesuai, dan juga komen terhadap cadangan sahabat yang lain, asalkan tidak keluar daripada tajuk perbincangan asal.

iii) Seterusnya, sebagaimana fitrah dan kebiasaan sebuah perbincangan, dengan izin Allah SWT, kita akan memilih TIGA (3) istilah yang paling difikirkan sesuai dan memenuhi semua kriteria pemilihan perkataan, sebagai fasa awal.

iv) Akhirnya, dengan izin Allah SWT, kita akan bersama-sama bersepakat memilih HANYA 1 PERKATAAN, Dan perkataan inilah yang kita akan usahakan untuk hantar kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Nota:

a) Perkataan yang akan dicadangkan pada peringkat awal ini kepada DBP bukanlah perkataan yang pasti digunakan sebagai istilah sah, Sebaliknya akan diteliti terlebih dahulu oleh pakar bahasa dan pihak bertanggungjawab mereka.

b) Hal ini tidak bermakna perkataan lain ditolak dan tidak diterima, sebaliknya jika pihak DBP tidak mempersetujui perkataan yang dihantar nanti, perkataan lain pula akan diusulkan kepada pihak DBP, mengikut keadaan, Insya-Allah.

Ruang perbincangan sentiasa dibuka pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Sila tulis cadangan Dan pendapat anda di ruangan komen.

Perbincangan ini merupakan inisiatif awal pada peringkat kita untuk melihat mana-mana perkataan yang sesuai dalam bahasa Melayu sebagai terjemahan kepada perkataan bahasa Inggeris 'shorts' dan 'reels'.

Inisiatif ini tidak ada sebarang kaitan dengan mana-mana pihak berkepentingan.

NOTA PENTING ⚠️: Sentiasa gunakan bahasa yang sopan dan tulisan komen yang beretika di sini. JANGAN SESEKALI menggunakan perkataan berunsur lucah, negatif dan kutukan.

Bagi agama Islam, Allah SWT amat mementingkan hamba-Nya bercakap dan konteks di sini menulis perkataan yang baik-baik sahaja dan bermanfaat. Begitu juga dengan agama lain yang turut menjunjung tinggi etika percakaoan dan penulisan yang baik.

Sila hormati pandangan individu lain dengan sewajarnya.

reddit.com
u/Mwh20042008 — 3 days ago

Sudoku

Assalamualaikum semua,

Siapa di sini penggemar permainan Sudoku?

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, walaupun sudah buat 2 kesalahan daripada 3 peluang, dapat juga lengkapkan Sudoku. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah SWT jua.

Siapa di sini boleh kongsikan tips permainan ke, pengalaman masa bermain ke apa-apa sahaja berkaitan Sudoku boleh sahaja kongsi di sini....

u/Mwh20042008 — 3 months ago

Masalah, Falsafah Dan Agama.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Saya fikir mungkin perlu perkenalkan diri dari segi latar belakang ringkas. Saya bukanlah seorang yang pandai menulis, jadi saya minta maaf jika ada sebarang kesilapan dalam perkongsian ini.

Saya seorang hamba Allah yang menghadapi masalah was-was yang kronik, atau dalam istilah sains perubatan dikaitkan dengan penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Selain saya, memang ramai lagi di luar sana yang diuji oleh Allah SWT dengan ujian yang sama. Di sini, saya ingin menjelaskan sedikit beberapa tindakan saya yang berkait rapat dengan gangguan ini dari sudut praktikal.

Dahulunya perlakuan saya biasa sahaja, tetapi perubahan drastik mula berlaku sekitar tahun 2021, iaitu sewaktu negara kita dan dunia keseluruhannya dilanda wabak COVID-19. Memang benar, setiap manusia tidak diuji dengan perkara yang sama. Ada yang berat, ada yang ringan, namun semua itu diletakkan di atas neraca ketetapan Allah SWT mengikut hikmah-Nya.

Pada waktu pandemik tersebut, saya merasakan ia adalah satu tempoh perubahan yang sangat besar buat diri saya. Alhamdulillah, dari sudut material, saya tidak pernah diuji dengan kemiskinan, begitu juga dengan kehilangan insan terdekat seperti ibu dan ayah. Walau bagaimanapun, ujian saya datang dalam bentuk yang lain.

Waktu semua orang mula membiasakan diri memakai pelitup muka (mask), saya pun menurutinya. Tetapi lama-kelamaan, timbul gangguan emosi yang membuatkan saya berasa tidak boleh keluar rumah atau berjumpa orang luar tanpa memakai mask. Tanpa sedar, saya membiarkan gangguan fikiran itu berkembang dan menguasai diri.

Selepas tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat, saya melangkah ke alam sekolah menengah di tingkatan 1. Dengan izin Allah SWT, rezeki saya agak baik apabila mendapat tawaran masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh yang agak terkenal di Malaysia.

Sebelum pendaftaran ke sekolah tersebut, saya hanya menghabiskan masa mengikut ibu atau duduk di rumah. Saya kongsikan kisah ini bukanlah untuk membuka aib atau dosa lalu, tetapi mahu sesiapa sahaja yang membaca tulisan hamba Allah yang kerdil ini mengambil iktibar serta pengajaran (ibrah).

Ulama ada berpesan bahawa jiwa manusia ini jika tidak disibukkan dengan ketaatan dan kebaikan, ia pasti akan disibukkan dengan maksiat dan perkara kebatilan. Itulah yang berlaku kepada saya. Di sela-sela gangguan was-was yang sedia ada, ketika bersendirian di rumah, saya tewas dengan godaan nafsu dan syaitan. Saya mula terjebak dengan tabiat buruk menonton perkara tidak senonoh dan beronani. Akibat tabiat terkutuk itu, saya terpaksa kerap mandi wajib.

Memang memalukan untuk diceritakan, tetapi terdapat pengajaran besar di sebaliknya. Saya menjadi ketagih dengan perkara tersebut dan itulah detik di mana saya merasakan diri saya telah tersimpang paling jauh daripada petunjuk agama—sebuah zaman kegelapan peribadi buat saya. Sehingga kini, saya masih bergelut mengawal nafsu, namun keadaannya jauh lebih terkawal berbanding dahulu.

Gajet menjadi asbab utama yang menambah kebarahan dalam diri saya pada waktu itu. Perlahan-lahan saya cuba meninggalkan tabiat buruk tersebut, walaupun belum bebas sepenuhnya daripada sisa-sisa godaan tersebut. Jika dahulu saya sengaja mencari perkara buruk, kini cabarannya adalah apabila terpandang perkara yang tidak sepatutnya secara tidak sengaja, terutamanya di dalam bilik air. Benarlah pesanan ibu bapa saya, bilik air bukanlah tempat untuk duduk lama-lama kerana ia tempat tinggal syaitan yang sentiasa mencari peluang memperdayakan manusia.

Saya sedar diri saya mudah terangsang dengan rangsangan luaran. Kadangkala saya merasa seolah-olah hilang kawalan diri, namun setiap kali selepas terlanjur, penyesalan yang amat dalam akan datang. Nasihat saya kepada diri sendiri dan pembaca, penuhilah hidup kita dengan amalan soleh dan amalan ketaatan, walaupun nafsu berasa bosan. Kebosanan dalam membuat kebaikan itu sebenarnya adalah satu ujian ketahanan iman terhadap perintah Allah SWT.

Setiap dosa yang terlanjur bukanlah titik noktah untuk berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sepatutnya menyedarkan kita tentang erti kehambaan yang sebenar—iaitu tunduk kepada syariat Allah dengan penuh pengorbanan dan istiqamah, bukannya menjadi hamba kepada nafsu sendiri.

Saya teruskan melangkah ke alam persekolahan tingkatan 1. Sering kali saya rasa mahu berputus asa. Pengajaran terbesar bagi saya ialah apa yang kita rasa (emosi) bukanlah penentu kepada apa yang wajib kita buat. Sebaliknya, setiap tindakan mestilah berpandukan kepada ilmu agama yang sahih dan iman, yang perlu dipelajari secara betul dan diamalkan.

Apabila berada di peringkat antara tingkatan 4 dan tingkatan 5, saya telah menjalani pemeriksaan klinikal dan didiagnosis berkemungkinan mempunyai minor autisme. Namun, ayah saya menyatakan pandangan bahawa beliau tidak percaya saya mempunyainya. Saya tidak pasti sama ada beliau benar-benar yakin dengan kenyataan itu atau sekadar mahu menjaga semangat saya agar tidak luntur.

Kini, masa sudah berlalu empat tahun. Lebih kurang setahun yang lalu, saya diuji pula dengan penyakit kulit. Asbab utamanya adalah daripada tabiat saya sendiri yang sering membiarkan pakaian dan seluar dalam keadaan lembap selepas dibasuh (akibat dorongan was-was dalam bersuci) lalu terus memakainya. Akibatnya, kulit saya dijangkiti kuman. Walau bagaimanapun, saya yakin peluang untuk berubat dan berubah sentiasa ada.

Alhamdulillah, dengan bantuan rawatan, saya kini dalam proses penyembuhan. Ayah dan ibu adalah dua insan yang Allah hantar untuk menjaga saya, dan mereka telah melakukan yang terbaik. Saya memohon doa daripada pembaca sekalian untuk kebaikan ibu bapa saya dan diri saya.

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas daripada pelbagai kejutan, sama ada yang manis mahupun yang pahit. Kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku untuk terus melangkah pada masa hadapan. Ayah saya pernah menitipkan pesanan ringkas, "Dunia belum kiamat, apa sahaja masalah boleh diselesaikan dengan izin Allah."

Ibu saya pula pernah berpesan, "You are in-charge of yourself, and you can conquer it." Jika diteliti dari sudut pandang agama, frasa "You are in-charge of yourself" bermaksud kita sebagai mukallaf diberikan ruang ikhtiar dan usaha oleh Allah SWT, dan kita bertanggungjawab sepenuhnya atas pilihan amalan kita di dunia ini. Tetapi perlu dipasakkan dengan begitu teguh, bahawa segalanya di bawah kekuasaan Allah SWT, dan berlaku di dalam takdir-Nya. Seterusnya, frasa "and you can conquer it" membawa maksud kita perlu meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada pertolongan Allah (Tawakkal) setelah kita berusaha, kerana Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya. Setiap tiripan nasihat ibu ayah saya ini amat perlu dilihat Dari kaca mata Islam, bukannya pandangan peribadi.

Sebelum hantaran ini ditulis, saya telah tulis satu hantaran di tempat yang sama, tetapi banyak kesilapan saya telah lakukan. Saya telah perbetulkannya, mengikut nasihat seorang pengguna yang sebenarnya amat membuka minda saya, bahawa janganlah sesekali masuklan unsur falsafah Dan logik walau sedikit dalam perbincangan agama. Beliau juga mengesakan bahawa setiap ilmu agama terutama ya, juga ilmu Dunia, perlukah dipelajari secara langsung dengan guri yang muktabar.

Tidak kira betapa beratnya keadaan hidup kita, ingatlah bahawa harapan dan rahmat Allah itu sentiasa luas. Sifat Maha Pengasih Allah menyediakan jalan keluar bagi setiap kesulitan hambanya yang mahu kembali bertakwa. Ujian ini mematangkan diri, dan jika kita reda dengan ketentuan qada' dan qadar Allah, jiwa kita akan menemui ketenangan yang hakiki.

Sesungguhnya, tiada satu pun takdir yang Allah tetapkan ke atas kehidupan kita ini berjalan dengan sia-sia, melainkan semuanya diiringi dengan hikmah dan makna yang mendalam untuk mendidik jiwa hamba-Nya.

Terima kasih kepada semua yang menegur Dan memperbetilkan saya dengan izin Allah SWT. Saya akan pegang satu prinsip, "niat baik tidak menghalalkan cara, Dan satu cara yang menghalalkannya ialah Jalan yang pasti benar bersumberkan akidak Ahli Sunnah Wal Jamaah, hadis Nabi Muhammad SAW, Sunnah baginda, Dan juga Al-Qur'an. Semua aspek ini perlu dirujuk kembali kepada orang yang lebih mengetahui, bukannya semberono sahaja. Terima kasih saya hulurkan kepada pengguna Fickle-Quail-935, yang telah menegur saya dengan penuh hikmat dengan izin Allah SWT. Begitu juga buat pengguna lain yang memberi komentar.

Akhir sekali saya mohon yang baik diambil iktibar, yang buruk dijadilan sempadan. Maaf sekali lagi kepada semua, saya dengan rendah diri mengakui kekhilafan saya sebelum ini.

reddit.com
u/Mwh20042008 — 3 months ago

Tokoh Atau Sebaliknya?

Dunia mengenali beliau sebagai "Bapa Perhubungan Awam" (PR), tetapi sejarah menyembunyikan sisi gelap yang jauh lebih mengerikan. Edward Bernays bukan sekadar menjual produk; beliau adalah arkitek kepada manipulasi minda secara besar-besaran.

Edward Bernays sering diraikan dalam buku teks pemasaran atas sumbangannya yang merubah landskap dunia moden. Namun, setiap sumbangan beliau datang dengan harga yang sangat mahal terhadap jati diri manusia.

Revolusi Perhubungan Awam (PR):

Bernays menyumbangkan teknik "Third Party Advocacy". Beliau tidak menjual produk secara langsung, tetapi menggunakan "pakar" (seperti doktor atau saintis) untuk mengesahkan produk tersebut. Impak: Inilah asal-usul Influencer Marketing dan testimoni pakar yang kita lihat hari ini. Ia menjadikan pemasaran lebih "dipercayai" walaupun hakikatnya ia hanyalah manipulasi terancang.

  1. Kejuruteraan Persetujuan (Engineering of Consent):

Beliau menyumbangkan kaedah saintifik untuk mengawal massa. Beliau membuktikan bahawa jika anda faham psikologi bawah sedar manusia, anda boleh membuatkan rakyat menyokong apa sahaja—daripada membeli sabun hinggalah menyokong peperangan—tanpa mereka merasa dipaksa. 3. Penukaran "Warganegara" kepada "Pengguna"

Inilah sumbangan beliau yang paling radikal. Sebelum Bernays, manusia didefinisikan melalui sumbangan mereka kepada masyarakat (warganegara). Bernays mengubah kita menjadi "pengguna" (consumer). Identiti kita kini ditentukan oleh apa yang kita pakai, apa yang kita makan, dan apa yang kita miliki.

Sisi Gelap: Eksploitasi Tanpa Sempadan

Bernays menggunakan psikologi manusia sebagai senjata untuk kepentingan korporat dan geopolitik, tanpa menghiraukan etika: Eksploitasi Wanita & Tubuh: Melalui kempen "Torches of Freedom", beliau menukarkan simbol perjuangan wanita menjadi alat pemasaran rokok. Beliau mengeksploitasi keinginan wanita untuk "bebas" dengan mengaitkan rokok dengan kecantikan, menyebabkan jutaan wanita terjebak dalam ketagihan demi keuntungan syarikat.

Objektifikasi & Standard Palsu:

Beliau menggunakan imej tubuh wanita untuk menarik perhatian massa, memulakan era di mana wanita dilihat sebagai "objek penggunaan" dan perlu mengikut standard kecantikan yang direka oleh korporat. Propaganda Berdarah: Beliau mendalangi kempen fitnah terhadap kerajaan Guatemala demi syarikat buah-buahan Amerika, yang akhirnya mencetuskan rampasan kuasa dan perang saudara yang mengorbankan ratusan ribu nyawa.

⚖️Peperangan Pemikiran (Ghazwul Fikri)

Apa yang dilakukan oleh Bernays adalah contoh nyata bagaimana pemikiran manusia boleh "direkayasa." Hal ini mengingatkan kita kepada amaran tokoh ilmuwan Islam tentang serangan saraf ini: "Ghazwul fikri bertujuan untuk melenyapkan keperibadian umat Islam sehingga mereka menjadi pengikut yang setia kepada Barat dalam segala hal, sama ada dalam pemikiran, adat resam, mahupun gaya hidup." — Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi Teknik Bernays dalam mengubah masyarakat daripada membeli kerana "perlu" kepada membeli kerana "nafsu" telah melenyapkan jati diri manusia dan menukarkannya menjadi hamba konsumerisme yang setia kepada acuan Barat.

🧐 Soalannya:

Adakah kita benar-benar bebas membuat pilihan hari ini, atau adakah gaya hidup, pemikiran, dan pemakaian kita sebenarnya telah "direkayasa" oleh pewaris teknik Bernays?

u/Mwh20042008 — 3 months ago

Apa Maksudnya? Renungkan.....

  1. Persefahaman yang adil dibina dengan kefahaman yang mendalam.
  2. Hidup untuk saling melengkapi Maka ada yang masih tidak mencukupi?
  3. Makna bukan untuk ditunggu, carilah makna itu.
  4. Aku sentiasa berdoa agar logikku tidak akan menghumbankan aku ke dalam Jahannam, sebagaimana pendisa dihumbankan ke tempat yang sama.
reddit.com
u/Mwh20042008 — 3 months ago

Assalamualaikum semua, di sini disertakan link pautan Google Forms untuk kajian subjek Geografi adik saya, sesiapa yang ada masa lapang bolehlah menjawab soalan-soalan tersebut di link bawah:

LINK PAUTAN SOALAN KAJIAN GEOGRAFI

Walaupun tertera kajian di Bandar Bukit Raja, sesiapa sahaja boleh jawab, terima kasih......

u/Mwh20042008 — 4 months ago

Assalamualaikum semua, apa pendapat anda betkenaan gambar tersebut, maksudnya apa yang anda fahami tentang mesej yang ingin disampaikan dalam gambar tersebut?

Nota:

  1. Ayat-ayat Al-Qur'an dalam gambar berasal Dari Surah Al-Rahman ayat 4, 5 dan 6.

  2. Sekiranya terdapat apa-apa kesalahan huruf atau tanda baca, silalah tegur....

u/Mwh20042008 — 4 months ago