

Sokongan Kesihatan Mental untuk Belia di KK
Hi guys! 👋
Kami merupakan sebahagian daripada pasukan kecil penyelidik yang sedang menjalankan Projek HIDUP BAH, dan kami sedang mencari golongan dewasa muda di Kota Kinabalu, Sabah untuk menyertai kajian kami.
Kalau tahun lepas merupakan satu tempoh yang agak sukar untuk anda (contohnya, pernah mencederakan diri sendiri atau terfikir untuk menamatkan hidup), kami ingin berkongsi sesuatu yang mungkin dapat membantu.
Kami menjemput golongan dewasa muda di KK untuk menyertai satu kumpulan kemahiran, di mana anda akan belajar cara-cara praktikal untuk mengurus emosi yang kuat, menghadapi tekanan, dan membina hubungan yang lebih baik. Kumpulan ini merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan oleh pasukan kecil penyelidik dan ahli klinikal dari Universiti Sunway dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).
Kalau ada yang berminat atau ingin tahu lebih lanjut tentang kajian ini, boleh komen atau mesej kami. Kami sedia menjawab sebarang soalan tentang kajian, syarat penyertaan, atau apa yang perlu dilakukan jika anda menyertai kajian ini.
Jika anda sedang dalam keadaan krisis sekarang, sila rujuk komen yang dipinkan di bawah.