
u/Entire_Forever_2601

Case 354: The Gilgo Beach Serial Killings (Part 1/2)
casefilepodcast.com6 men plead guilty to S$4.9 million armed gang robbery at King Albert Park house
channelnewsasia.comFormer Singapore Idol judge Ken Lim appeals conviction, 13-month jail term for molesting woman
channelnewsasia.comDriver who severed pedestrian's body to serve original 11-year jail term as court dismisses appeals
channelnewsasia.comCertis CISCO Security Assistant Vice President among 3 men charged with corruption offences
straitstimes.comNo appeal from Bloomberg on Shanmugam, Tan See Leng defamation case
channelnewsasia.comCase 350: Alice Sebold & Tony Broadwater
casefilepodcast.comMentally unsound man, 90, who killed wife given notional 5-year jail term
channelnewsasia.comRestaurant chef sexually assaulted girl, 11, while staff and customers were present
straitstimes.comMan hid behind plants to film pair having sex then threatened woman with video, gets jail and caning
channelnewsasia.comNational Day Rally 2026: PM Wong to unveil new plans to support families
channelnewsasia.comMengapakah buku/kandungan genre jenayah sebenar (true crime) yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu tidak menonjol?
Saya penggemar kandungan genre jenayah sebenar (atau 'true crime'). Saya agak minat membaca buku serta menonton dokumentari menarik tentang kes jenayah. (Sebagai contoh, buku The Last Stone oleh Mark Bowden tentang suatu kes jenayah yang mengambil masa 42 tahun untuk diselesaikan dan siri Murder Trial yang meliputi perbicaraan pembunuhan di wilayah Scotland dengan menggunakan rakaman video dalam bilik perbicaraan itu sendiri.)
Malangnya, saya mendapati bahawa kebanyakan kandungan atau buku genre jenayah sebenar ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Saya mendapati bahawa agak sukar untuk mencari buku/kandungan genre tersebut dalam Bahasa Melayu. (Saya tidak terlalu berminat jika kandungan itu dalam bentuk podcast yang ada banyak lawak atau jenaka yang melampau dan yang terlalu "conversational".) Nasib saya menjadi lebih malang lagi dalam bab ini kerana saya tinggal di Singapura di mana akses saya kepada buku Melayu yang menarik di perpustakaan itu agak terhad. (Di perpustakaan Singapura, kebanyakan rak-rak buku itu khas bagi buku-buku dalam Bahasa Inggeris, dengan sedikit sahaja rak dalam Bahasa Cina, Tamil dan Melayu.)
Justeru itu, saya hanya terbatas menonton dokumentari jenayah sebenar di Netflix dengan sari kata Melayu atau menonton video di Youtube dari jiran kita, Indonesia (seperti saluran Youtube yang bernama Umbra Skull).
Pada pengamatan saya, dalam kalangan masyarakat Melayu, minat terhadap genre jenayah sebenar ini tidak ketara langsung berbanding dengan genre seram. Saya belum menemui saluran Youtube yang menghasilkan dokumentari bergenre jenayah sebenar dalam Bahasa Melayu (atau yang meliputi genre misteri internet secara amnya). Sama juga bagi buku Melayu (tetapi saya akur bahawa mungkin saya terbatas sebab saya tinggal di Singapura).
Mengapa begitu? Atau mungkin saya belum berjaya menemui kandungan/buku sedemikian? Jikalau begitu, boleh beri cadangan?
(Sorry for the impenetrable block of text hahaha...)