
perbezaan cakap ulu kelantan & cakap ilir kelantan
abjad di sebelah kanan adalah the International Phonetic Alphabet, abjad yang digunakan oleh para linguitik untuk melaporkan bunyi dengan tepat di dalam bahasa-bahasa seluruh dunia,
bahasa kelantan ulu pada zaman baharu tidak dituturkan lagi, dahulu bahasa ini dituturkan di seluruh daerah gua musang, tetapi kerana influence daripada bahasa kelantan hilir dengan orang yang berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari kerja, loghat ini kebanyakan telah dihilang di tepi timur gua musang, kalau nak dengar dituturkan perlu jumpa di pesisir sungai nenggiri,
itu pun perlu jumpa penutur yang 80 han serta menetap di situ dan tak berhijrah,
loghat kelantan ulu dari segi fonetik dan perkataan lebih dekat dengan bahasa ulu terengganu & bahasa pahang ulu tembeling (yang juga ditutur di kawasan pasir raja dekat Terengganu)
dari segi fonetik, bahasa ulu kelantan kekalkan akhiran "-ang" yang ditukarkan kepada "-e" di ilir Kelantan, manakala akhiran "-an" tetap ditukarkan kepada "-e", kalau akhiran "-am" pula akan ditukar kepada "-ang", sebagai contoh = orang > urang, ikan > ike, alam > alang
kelantan ulu juga tidak tukarkan akhiran "-a" kepada bunyi macam "-o" seperti di ilir, tetapi kepada bunyi "a" yang berarah kepada belakang sikit, (maaf ya susah nak deskripsi), sebagai contoh = mata > matä (kalau kelantan ilir jadi mato)
selain itu, seperti bahasa ulu Terengganu serta beberapa bahasa ulu & barat pahang, akhiran "-i" & "-u" akan ditukar kepada bunyi "-iy" & "-uw" yang serupa bunyinya macam "-ey" & "-ow" tetapi lebih muncung, sebagai contoh = api > apiy, hulu > huluw
dan akhirnya, huruf "é" (e taling), "-il" & "ir" akan jadi "i", manakala huruf "o", "-ul" & "-ur" akan ditukar bunyi "u", sebagai contoh = comel > cumi
ada lagi sebenarnya perbezaan fonetik dengan kedua-dua bahasa tetapi setakat itu sahaja saya mampu nak ditulis, malas pulak nak tulis semua lol